Thursday, September 24, 2009

CUTI


Pada cuti ini ,saya dan keluarga saya bercuti 3 hari 2 malam di Cameron Highlands . Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Kami pergi ke sana dari Ipoh iaitu dari jalan Simpang Pulai . Jalan disana adalah lebih senang jalan dan tidak bahaya . Semasa dalam perjalanan kami juga temui air terjun yang tinggi iaitu air terjun Lata Iskandar.Kami bertolak lebih kurang 12 tengah hari dan sampai di sana lebih kurang pukul 5 petang . Hotel yang kami menginap ialah Century Pines Resort.

Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia . Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Tempat yang kami kunjung selama 3 hari ialah Rose Valley ,Butterfly Farm,Butterfly Garden, Pasar Sayur,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,dan Strawberry Farm.

Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini.

Sebelum pulang saya juga membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

2 comments:

  1. Cameron Highland memang suatu tenpat yang menarik. Tapi ku amat takut dengan perjalanan yang panjang ini. Keadaan yang sejuk memang selesa. Tapi banyak lalat :( Saya juga bercadang melawat ke sana bulan depan.

    ReplyDelete
  2. Saya suka Cameron Highland. Tapi hanya pernah mengunjung ke sana sekali saja. Pergi tak hutan yang penuh dengan lumut? Cantik! Saya tak pernah pergi hutan itu hanya baca dari majalah. Kalau ada peluang lain kali, cubalah pergi dan jenguk-jenguk hutan itu.

    ReplyDelete