Tuesday, August 25, 2009

Balik Kampung


Pada hari Jumaat yang lalu , saya dan keluarga saya balik ke Kuantan .Pada masa cuti, saya akan balik ke Kuantan untuk melawat datuk saya yang berumur 88 tahun dan saudara-mara saya yang lain .

Kuantan ialah ibu negeri Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia . Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Pada mulanya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Petempatannya adalah sekitar muara Sungai Teruntum iaitu berhadapan dengan bangunan hospital sekarang. Ia telah dibuka oleh Hj. Senik dan pengikutnya dalam tahun 1850-an. Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang di samping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan petempatan ialah perkuburan Cik Timah berhampiran dengan Taman Esplanade.

Terdapat beberapa tempat yang boleh dikunjungi ialah di Teluk Chempedak, 5 km dari pusat bandar Kuantan, satu tempat yang cantik dan sesuai untuk permaianan air ,iaitu kegiatan menaiki bot untuk bersiar-siar. Kuantan Hyatt Hotel adalah berdekatan dengan Teluk Chempedak . Berada di sebelah kiri di Teluk Cempedak , terdapat satu laluan papan di tepi laut untuk berhubung dengan pantai yang kedua.

Beserah, lebih kurang 7 km daripusat bandar Kuantan , adalah satu kampung yang terkenal dengan penjualan ikan yang segar dan murah .

Balok, satu pantai yang sesuai untuk sukan luncur air , adalah bertempat lebih kurang 13 km dari pusat bandar Kuantan. Swiss Garden Resort & Spa adalah berdekatan dengan dengan pantai Balok . Di tempat peranginan ini terdapat corak anyaman sebagai hiasan .

Batu Hitam adalah satu tempat yang sangat unik dimana batunya adalah berwarna hitam .

Taman Teruntum, satu Zoo yang kecil, bertempat dekat dengan Taman Teruntum .

Taman Gelora, bertempat kira-kira 3 km dari Kuantan sebelah jalan ke Teluk Cempedak, satu tempat yang cantik dipanggil Gelora Park. Kegiatan yang dijalankan seperti joging, senaman aerobik , tennis, dan lain-lain .Awak juga bolah melihat banyak bunga lotus disini .


Selain dari pantai yang terkenal tetapi makanan di sini juga sedap dimakan .Keropok Lekor adalah salah satu makanan yang sedap , terutamanya yang dijual oleh Mok Nah di Tanjung Lumpur and Pak Soh 2 di Sungai Karang yang hendak sampai di Balok. Satay dan air coconut juga sedap diminum . Satay yang paling sedap dimakan di Kuantan dapat cari di Zul's Satay, bertempat di tepi penjuru kedai dijalan ke pantai Beserah dari pusat bandar ke jalan Teluk Cempedak .


Apabila sampai di Kuantan. hati saya akan berasa senang dan lega .Oleh itu, saya suka balik ke Kuantan .

Friday, August 14, 2009

GURU

Guru ,
bekerja,bekerja
dari pagi sampai senja
bagaikan sebatang lilin
membakar diri sendiri
untuk menerangi orang lain.

Guru,
mengajar dengan kesungguhan
memastikan murid-murid yang diajar
berjaya dalam pelbagai aspek
berjaya dalam pelajaran
bahkan juga aktiviti kurikulum.

Guru,
menepikan kepentingan diri sendiri
menghabiskan masa
membantu anak didik
menyelesaikan banyak masalah
masalah kerja sekolah
bahkan masalah keluarga.

Guru ,
bekerja,bekerja
tidak berhenti-henti
tidak berasa jemu dan bosan
segala bakti yang curahkan
segala jasa yang diberikan
harus diberikan sanjungan yang tinggi .

KENDURI

Pada minggu Sabtu yang lalu , jiran saya yang bernama Adi telah mengadakan satu kenduri yang besar .Kenduri ini adalah menyambut masuk rumah dan harijadi anak sepupunya.Dia telah menjemput kami sekeluarga untuk menghadiri kenduri itu . Bukan keluarga kami sahaja tetapi sebaris teres rumah dijemputnya .Kenduri itu diadakan bermula pada pukul 4 petang.
Pada hari itu, keadaan di rumah Adi sungguh meriah . Semua sanak saudaranya telah sampai sejak awal-awal lagi .Keadaan menjadi riuh - rendah dengan gelak ketawa dan lawak jenaka mereka. Ini ditambah dengan jerit pekik kanak-kanak yang bermain dan berlari-lari di sekeliling rumah .
Terdapat enam buah kanopi telah didirikan oleh orang dua hari sebelum hari kenduri itu . Kanopi yang disediakan untuk meraikan kenduri itu .Terdapat sebuah kanopi didirikan untuk orang memasak .Sanak saudaranya sibuk membantu dalam semua kerja-kerja seperti memasak nasi , memasak lauk -pauk,membuat kueh-muih dan lain-lain lagi .Saya berasa memang begini akan berlaku apabila sesuatu kenduri diadakan.Mereka sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain .Terdapat banyak makanan yang dihidangkan dan makanan yang saya suka ialah satay dan donat yang dibuat sendiri .
Pada pukul lima petang , saya bersama keluarga telah pergi ke rumahnya.Apabila kami sampai ke rumah Adi , para tetamu yang hadir semakin bertambah ramai.Mereka juga datang bersama-sama anggota keluarga masing-masing .Kebanyakan daripada mereka membawa hadiah untuk diberikan kepada Adi dan bayi sepupunya.
Kami bersalam dengan Adi dan terus dipersilakan menikmati hidangan yang sudah disediakan .Selain itu, tetamu yang hadir juga diberikan cenderahati serta budak -budak diberikan makanan ringan .
Setelah menikmati hidangan yang disediakan , kami juga berbual-bual dengan jiran-jiran yang hadir . Pada pukul tujuh petang , semakin kurang tetamu yang hadir ,kami pun pulang ke rumah .