Saturday, September 5, 2009

PEPERIKSAAN

Minggu depan hari Selasa sampai hari Khamis adalah UPSR tahun 6 . Semua murid tahun 1 ke tahun 5 tidak perlu datang ke sekolah . Murid - murid cuti dari hari Isnin ke hari Khamis . Walaupun murid cuti ,cikgu perlu pergi ke sekolah untuk mengemas dan susun buku - buku yang baru . Semua murid - murid sangat gembira kerana ada cuti tetapi cikgu pula susah hati sebab takut sukatan pelajaran tidak sempat didjar nanti . Ini adalah kerana sekolah akan mengadakan peperiksaan akhir tahun pada pertengahan Oktober nanti .
Walaupun saya tidak mengajar tahun 6 tahun ini , tapi saya ada seorang anak angkat tahun 6 . Setiap cikgu mesti memilih seorang anak angkat tahun 6 mula dari awal tahun . Kami akan meluangkan masa untuk mengajar mata pelajaran yang lemahnya . Biasanya anak angkat yang dipilih adalah lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris .Kami akan menyediakan buku tulisan untuk ditulisnya . Anak angkat saya adalah lemah dalam esei bahasa Melayu .Biasanya saya akan jumpa dengan pada setiap hari Jumaat .Pada minggu Jumaat yang lepas , saya berjumpa dengan anak angkat saya dan mengatakan beberapa nasihat kepadanya :
(1)Sediakan alat -alatan sebelum hari UPSR .
(2)Simpan jadual peperiksaan dengan baik dan tampalkan di tempat yang senang dilihat untuk melihat masa dan tarikh peperiksaan .
(3)Sehari sebelum peperiksaan itu tidurlah lebih awal dan jangan makan makanan yang pedas supaya perut tidak sakit pada hari peperiksaan .
Dia pun senyum dan mengatakan bahawa dia akan meningatinya .Melihat pada muka dia , saya berasa semua orang tidak kira orang dewasa atau budak , tekanan mesti ada . Saya sendiri juga berasa tekanan apabila mengambil peperiksaan di UPM . Apabila saya menghadapi tekanan , saya akan menemai anak saya bermain bola atau 'Shopping' supaya boleh lupakan peperiksaan seketika . Berkesan juga !

4 comments:

  1. Walaupun kita seorang guru apabila kita menghadapi peperiksaan di UPM, kita juga panik, apatah murid-murid yang berumur 12 tahun ???

    yang penting semasa menjawab, mereka harus meneliti soalan dengan berhati-hati, dan menjawab dengan yakin, maka tiada kekesalan kelak nanti. ><

    ReplyDelete
  2. Bebaskan diri dari tekakan? Berkesan juga dengan makan dan tidur. Tapi bersenam lebih sihat bunyinya.
    Seronok mandi peluh selepas bersenam.
    Kaki dan badan turut rasa ringan masa berjalan.

    ReplyDelete
  3. saya memang suka ketiga-tiga hari tersebut, saya boleh duduk dan 'melihatkan' murid-murid yang risau. tapi ia telah mengakhiri... kerja yang banyak sedang menunggukanku...

    ReplyDelete
  4. program anak angkat... keberkesanannya perlu diteliti semula.

    ReplyDelete