Wednesday, September 16, 2009

PENYU

Pada hari Ahad yang lepas , saya membawa anak saya mendengar cerita di satu 'gedung aspirasi' bertempat di sungai Long . 'Gedung aspirasi ' ini sebenarnya adalah sebuah kedai buku namun setiap hari minggu ia akan mempelawa penulis-penulis untuk memberi cerita kepada kanak-kanak yang berumur 3 - 10 tahun .
Kali ini merupakan kali pertama kali saya membawa ke sana . Apabila saya dan suami saya bersama anak - anak sampai di sana , semua orang yang datang kena semak suhu badan sebab takut H1N1.Semua ibu bapa dan kanak - kanak duduk dalam bulatan lalu bermain satu permainan iaitu mencari anak penyu . Anak penyu iaitu anak - anak kita akan berenang dan ibu bapa disuruh menangkap anak - anak penyu . Kami bermain lebih kurang 10 minit dengan hati yang gembira .
Kemudian ,kami pun duduk mendengar cerita bersama anak . Cerita pada hari itu ialah 'Penyu' . Cerita dimulakan dengan seorang budak perempuan bersama keluarganya melihat penyu di Rantau Abang .Ayahnya telah menceritakan hal penyu iaitu dimana penyu adalah sejenis reptilia. Semua reptilia disokong oleh rangka dalam dan mempunyai kulit bersisik yang kering . Cengkerang yang menutupi badannya terdiri daripada 2 bahagian : bahagian atas dinamakan carapace manakala di bahagian bawah dinamakan plastron . Cengkarang ini dibina daripada tulang-tulang yang lebih kecil .
Pada larut malam ,mereka menunggu dan telah melihat bagaimana penyu bertelur di darat pantai .Penyu itu mengorek lubang lalu bertelur di dalamnya . Penyu boleh bertelur lebih kurang 100 biji telur . Selepas bertelur, penyu akan menimbus lubang itu kemudian balik ke laut . Penyu itu akan pulang ke tempat itu bertelur setahun sekali .
Setelah mendengar cerita , kami juga diberi peluang bertanya soalan .Anak -anak kami berasai sungguh gembira . Anak saya juga dihadiahi sebuah buku bertajuk ' Penyu' .

No comments:

Post a Comment