Wednesday, September 16, 2009

Gunting Rambut


Petang ini bawa anak saya gunting rambut , harga gunting rambut adalah sebanyak RM8 . Kalau orang dewasa gunting rambut harganya lebih kurang RM18 . Mahal juga . Biasanya rambut lelaki kena gunting setiap 2 bulan , jika tidak , cepat panjang .
Pada masa dahulu , sebenarnya proses pertumbuhan rambut bermula sejak kita belum lahir lagi.Kira -kira lima bulan sebelum kita lahir, umbi rambut telah diatur kedudukannya di kulit kepala dan seluruh tubuh . Setiap umbi rambut diatur pertumbuhannya . Begitu juga saiz rambut , bentuk dan rupa rambut yang dikeluarkan juga ditentukan oleh gen yang menguasai rambut . Kira-kira dua atau tiga bulan kemudian barulah umbi rambut berjaya menghasilkan rambut . Kulit kepala kita biasanya ditumbuhi rambut sebanyak 100 000 helai rambut .
Pada masa kecil, anak saya mempunyai rambut yang lebat , ada juga bayi yang tidak berambut langsung atau kurang rambut . Tetapi ini boleh diubati dengan disapukan dengan minyak .Rambut anak yang mula-mula tumbuh saya telah cungkurkan menjadi botak supaya rambut dia dapat tumbuh dengan lebih padat dan kekal .Sekarang jika saya suruhnya gunting botak .Dia mesti tidak mahu , katanya tiada rambut tidak cantik .
Anak perempuan saya tidak suka gunting rambut . Setiap kali hendak gunting rambut , mesti menangia dan saya perlu pujuk dia . Kadang -kadang saya perlu mendukungnya untuk digunting rambut . Susah betul !

2 comments:

  1. Anak saudara saya diam saja bila gunting rambut masa dia kecil. Tapi mulai dari tahun lepas dia enggan gunting rambut. Dia menjerit dan menangis kuat sehingga orang yang berada di kedai sebelah pun datang jenguk-jenguk di luar pintu kaca. Jadi bila gunting rambut, biar gunting hampir botak supaya tahan lama.

    ReplyDelete
  2. rupa-rupanya semasa bayi lagi, rambutnya digunting menjadi botak, rambut yang baru akan lebih padat dan kekal ...
    saya mendapat satu pengetahuan baru !!!

    ReplyDelete