Friday, October 16, 2009

PENGALAMAN

Apabila melihat pada jadual semester 6,saya mendapati pada semester ini kami harus menghadiri kursus teknologi maklumat , bahasa dan kesusteraan . Saya pun menjangka kursus ini yang berkenaan dengan ICT mesti Dr Normaliza Abdul Rahim yang mengajar . Jangkaan saya adalah tepat .

Pada pandangan saya , Dr Normaliza adalah seorang pensyarah yang peramah dan suka bergurau .Oleh itu, saya selalu melihat ramai pelajar yang mengiringinya selepas kuliah .Kadang-kadang dia akan menunjukkan muka yang garang dan itulah yang menakutkan kami sebab tidak tahu apa yang akan disuruh kami buat pada masa kuliah .

Memang berjodoh kami bersama dengan Dr kerana jarang ada pensyarah yang mengajar kami berterusan 2 semester . Pensyarah yang sama kami pun ketahui cara dan teknik dia ajar .

Pada semester ini kami juga diberi tugasan individu dan kerja kumpulan . Tugasan individu adalah blog , e-sastera dan facebook .Ketiga-tiga tugasan ini saya tidak pernah membuat dan sekarang saya telah dapat menulis sesuatu dalam blog , membaca sajak orang lain dan memberi komen serta menulis idea sendiri dalam e-sastera dan bersembang dengan kawan dalam facebook .Selain itu , kami juga diberi peluang membalas komen dan pendapat melalui blog Dr . Cerita kanak-kanak dan cerita hantu juga ditulis dalam blog .Apabila membaca blog orang lain , saya berasa seronok dan senyum sendiri apabila bersembang dalam facebook .Orang lain yang melihat akan teringat saya seorang yang gila .

Dr juga seorang yang rajin dan bertanggungjawab kerana menyediakan tempat di makmal untuk mengajar kami membuat blog , e-sastera dan facebook. Ini telah menyenangkan saya kerana apabila saya tidak tahu membuat , saya boleh bertanya pada rakan dan Dr .Saya juga mencipta pantun dan teka-teki semasa dalam makmal dan menyambungkan kerja yang tidak siap di rumah .Tetapi saya berasa sedih kerana ada satu kali saya terlupa tandatangan(terlalu tumpu perhatian mendaftar nama pertama kali dalam facebook , blog dan e-sastera sehingga lupa ) , Dr pun mengatakan saya tidak hadir pada masa itu .

Tugasan individu yang satu lagi ialah membuat kajian soal-selidik . Kajian ini mengambil masa yang lama ketika berfikir soalan -soalan yang handak ditanya kepada audien . Apabila saya berasa susah , Dr telah memberi cara dan nasihat kepada saya dan ini telah menyelesaikan masalah saya . Oleh itu , saya berasa lega dan dapat siapkan tugasan ini sebelum Raya dan pada cuti itu saya dapat bercuti dengan keluarga .

Kerja kumpulan pada semester ini yang pertama kami buat ialah meletakkan lagu di dalam powerpoint . Kumpulan ini ada sedikit masalah ketika membuat tugasan ini kerana lirik lagu tidak sama dengan perkataan yang dinyayikan . Tetapi , Dr yang peramah telah memberi peluang kepada kami untuk membuat semula dan akhirnya kami berjaya juga . Kerja kedua ialah menulis karangan tanpa rujukan sebanyak 30 muka surat .Kerja ini menyebabkan kami terpaksa menyiapkannya pada larut malam sehingga siap baru balik ke rumah.

Walaubagaimanapun , akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Normaliza yang telah mengajar saya selama 2 semester ini .Semoga senyum selalu !!


Tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke anjung ;
Nama Dr dikenang mulut menyebut ,
jasa yang baik akan dijunjung .

Friday, October 2, 2009

PUSAT MEMBELI-BELAH


Setiap tahun , rakyat Malaysia akan merayakan pelbagai perayaan saperti Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina , Deepavali , Krismas dan sebagainya.Sambutan tersebut dimeriahkan lagi dengan membeli-belah di pusat terutamanya membeli pakaian baru .

Pusat membeli-belah biasanya akan mengadakan tawaran istimewa untuk menarik hati pembeli . Pembeli pula , tanpa berfikir panjang akan berpusu-pusu ke tempat tersebut .Keadaan ini dapat dilihat di pusat membeli -belah Jusco yang berdekatan dengan rumah saya pada hari perayaan Hari Raya baru-baru ini.

Sesetengah pekedai yang tidak membuat tawaran istimewa, tidak teragak-agak menurunkan harga juga untuk memikat hati pembeli . Prinsip penjual waktu itu , biar untung sedikit , asalkan banyak barang dapat dijual . Prinsip pembeli pula , keluarkan sedikit wang tidak mengapa tetapi dapat membeli barang yang dihendaki pada hari perayaan .

Pada perayaan , saya mendapati ibu bapa lebih banyak membeli pakaian untuk anak-anak , berbanding dirinya . pakaian yang dibeli bukan sepasang , kadang -kadang lebih dari tiga pasang .Selain dari pakaian , langsir dan keperluan membuat kuih - muih juga banyak dibeli .

Semakin dekat hari perayaan , pusat membeli - belah semakin menjadi tumpuan . Akan tetapi , keadaan akan berkurang apabila masa perayaan dimana orang kota telah pulang ke kampung untuk menyambut perayaan.

Begitulah putaran saban tahun . Semakin dekat perayaan semakin ramai yang bertumpu di pusat membeli-belah . Sebenarnya , tidak bersalah membeli untuk perayaan, cuma kita perlu melihat kemampuan kita dan janganlah sampai berlebihan .

Thursday, September 24, 2009

CUTI


Pada cuti ini ,saya dan keluarga saya bercuti 3 hari 2 malam di Cameron Highlands . Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Kami pergi ke sana dari Ipoh iaitu dari jalan Simpang Pulai . Jalan disana adalah lebih senang jalan dan tidak bahaya . Semasa dalam perjalanan kami juga temui air terjun yang tinggi iaitu air terjun Lata Iskandar.Kami bertolak lebih kurang 12 tengah hari dan sampai di sana lebih kurang pukul 5 petang . Hotel yang kami menginap ialah Century Pines Resort.

Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia . Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Tempat yang kami kunjung selama 3 hari ialah Rose Valley ,Butterfly Farm,Butterfly Garden, Pasar Sayur,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,dan Strawberry Farm.

Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini.

Sebelum pulang saya juga membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Wednesday, September 23, 2009

NYAWA

Semasa perayaan , terdapat banyak kes kemalangan . Kereta di jalan raya pada masa perayaan adalah lebih banyak berbanding pada hari biasa. Ini adalah kerana orang ramai akan mengambil cuti untuk balik menyambut raya bersama keluarga masing-masing .
Pihak berkenaan telah mengadakan tindakan berhati-hati semasa perayaan .Namun masih ramai orang yang tidak menjaga nyawa sendiri atau orang lain . Pada hari Raya pertama hari , kemalangan telah meragut nyawa seramai 31 orang . Melihat keadaan ini ,saya berasa amat sakit hati .
Ternyata jumlah itu semakin meningkat hari seterusnya , terutama apabila tumpuan masyarakat menyambut perayaan di daerah dan bandar kecil. Sehingga kini didapati penunggang motosikal yang menjadi penyumbang utama kematian akibat kemalangan . Saya berasa sekiranya sikap pengguna jalan raya tidak berubah ,kadarnya akan kembali meningkat apabila ramai yang pulang selepas raya . Bagi saya , bukan penguatkuasaan undang-undang sebenarnya yang boleh menurunkan kadar kemalangan jalan raya, namun sikap pengguna sendiri yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain .
Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi.
Pemandu terburu - buru suka membawa kereta dengan laju , memandu tanpa menggunakan lampu isyarat , suka pusing kiri kanan ikut suka hati dan tidak mempunyai kesabaran .
Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya.Kemalangan di jalan raya boleh dikurangkan sekiranya kita semua mengikut peraturan dan saling menghormati .Saya berasa pengguna di jalan raya harus lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.Jagalah nyawa sendiri dan menghormati nyawa orang lain !

Wednesday, September 16, 2009

Gunting Rambut


Petang ini bawa anak saya gunting rambut , harga gunting rambut adalah sebanyak RM8 . Kalau orang dewasa gunting rambut harganya lebih kurang RM18 . Mahal juga . Biasanya rambut lelaki kena gunting setiap 2 bulan , jika tidak , cepat panjang .
Pada masa dahulu , sebenarnya proses pertumbuhan rambut bermula sejak kita belum lahir lagi.Kira -kira lima bulan sebelum kita lahir, umbi rambut telah diatur kedudukannya di kulit kepala dan seluruh tubuh . Setiap umbi rambut diatur pertumbuhannya . Begitu juga saiz rambut , bentuk dan rupa rambut yang dikeluarkan juga ditentukan oleh gen yang menguasai rambut . Kira-kira dua atau tiga bulan kemudian barulah umbi rambut berjaya menghasilkan rambut . Kulit kepala kita biasanya ditumbuhi rambut sebanyak 100 000 helai rambut .
Pada masa kecil, anak saya mempunyai rambut yang lebat , ada juga bayi yang tidak berambut langsung atau kurang rambut . Tetapi ini boleh diubati dengan disapukan dengan minyak .Rambut anak yang mula-mula tumbuh saya telah cungkurkan menjadi botak supaya rambut dia dapat tumbuh dengan lebih padat dan kekal .Sekarang jika saya suruhnya gunting botak .Dia mesti tidak mahu , katanya tiada rambut tidak cantik .
Anak perempuan saya tidak suka gunting rambut . Setiap kali hendak gunting rambut , mesti menangia dan saya perlu pujuk dia . Kadang -kadang saya perlu mendukungnya untuk digunting rambut . Susah betul !

PENYU

Pada hari Ahad yang lepas , saya membawa anak saya mendengar cerita di satu 'gedung aspirasi' bertempat di sungai Long . 'Gedung aspirasi ' ini sebenarnya adalah sebuah kedai buku namun setiap hari minggu ia akan mempelawa penulis-penulis untuk memberi cerita kepada kanak-kanak yang berumur 3 - 10 tahun .
Kali ini merupakan kali pertama kali saya membawa ke sana . Apabila saya dan suami saya bersama anak - anak sampai di sana , semua orang yang datang kena semak suhu badan sebab takut H1N1.Semua ibu bapa dan kanak - kanak duduk dalam bulatan lalu bermain satu permainan iaitu mencari anak penyu . Anak penyu iaitu anak - anak kita akan berenang dan ibu bapa disuruh menangkap anak - anak penyu . Kami bermain lebih kurang 10 minit dengan hati yang gembira .
Kemudian ,kami pun duduk mendengar cerita bersama anak . Cerita pada hari itu ialah 'Penyu' . Cerita dimulakan dengan seorang budak perempuan bersama keluarganya melihat penyu di Rantau Abang .Ayahnya telah menceritakan hal penyu iaitu dimana penyu adalah sejenis reptilia. Semua reptilia disokong oleh rangka dalam dan mempunyai kulit bersisik yang kering . Cengkerang yang menutupi badannya terdiri daripada 2 bahagian : bahagian atas dinamakan carapace manakala di bahagian bawah dinamakan plastron . Cengkarang ini dibina daripada tulang-tulang yang lebih kecil .
Pada larut malam ,mereka menunggu dan telah melihat bagaimana penyu bertelur di darat pantai .Penyu itu mengorek lubang lalu bertelur di dalamnya . Penyu boleh bertelur lebih kurang 100 biji telur . Selepas bertelur, penyu akan menimbus lubang itu kemudian balik ke laut . Penyu itu akan pulang ke tempat itu bertelur setahun sekali .
Setelah mendengar cerita , kami juga diberi peluang bertanya soalan .Anak -anak kami berasai sungguh gembira . Anak saya juga dihadiahi sebuah buku bertajuk ' Penyu' .

Saturday, September 5, 2009

PEPERIKSAAN

Minggu depan hari Selasa sampai hari Khamis adalah UPSR tahun 6 . Semua murid tahun 1 ke tahun 5 tidak perlu datang ke sekolah . Murid - murid cuti dari hari Isnin ke hari Khamis . Walaupun murid cuti ,cikgu perlu pergi ke sekolah untuk mengemas dan susun buku - buku yang baru . Semua murid - murid sangat gembira kerana ada cuti tetapi cikgu pula susah hati sebab takut sukatan pelajaran tidak sempat didjar nanti . Ini adalah kerana sekolah akan mengadakan peperiksaan akhir tahun pada pertengahan Oktober nanti .
Walaupun saya tidak mengajar tahun 6 tahun ini , tapi saya ada seorang anak angkat tahun 6 . Setiap cikgu mesti memilih seorang anak angkat tahun 6 mula dari awal tahun . Kami akan meluangkan masa untuk mengajar mata pelajaran yang lemahnya . Biasanya anak angkat yang dipilih adalah lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris .Kami akan menyediakan buku tulisan untuk ditulisnya . Anak angkat saya adalah lemah dalam esei bahasa Melayu .Biasanya saya akan jumpa dengan pada setiap hari Jumaat .Pada minggu Jumaat yang lepas , saya berjumpa dengan anak angkat saya dan mengatakan beberapa nasihat kepadanya :
(1)Sediakan alat -alatan sebelum hari UPSR .
(2)Simpan jadual peperiksaan dengan baik dan tampalkan di tempat yang senang dilihat untuk melihat masa dan tarikh peperiksaan .
(3)Sehari sebelum peperiksaan itu tidurlah lebih awal dan jangan makan makanan yang pedas supaya perut tidak sakit pada hari peperiksaan .
Dia pun senyum dan mengatakan bahawa dia akan meningatinya .Melihat pada muka dia , saya berasa semua orang tidak kira orang dewasa atau budak , tekanan mesti ada . Saya sendiri juga berasa tekanan apabila mengambil peperiksaan di UPM . Apabila saya menghadapi tekanan , saya akan menemai anak saya bermain bola atau 'Shopping' supaya boleh lupakan peperiksaan seketika . Berkesan juga !