Wednesday, September 23, 2009

NYAWA

Semasa perayaan , terdapat banyak kes kemalangan . Kereta di jalan raya pada masa perayaan adalah lebih banyak berbanding pada hari biasa. Ini adalah kerana orang ramai akan mengambil cuti untuk balik menyambut raya bersama keluarga masing-masing .
Pihak berkenaan telah mengadakan tindakan berhati-hati semasa perayaan .Namun masih ramai orang yang tidak menjaga nyawa sendiri atau orang lain . Pada hari Raya pertama hari , kemalangan telah meragut nyawa seramai 31 orang . Melihat keadaan ini ,saya berasa amat sakit hati .
Ternyata jumlah itu semakin meningkat hari seterusnya , terutama apabila tumpuan masyarakat menyambut perayaan di daerah dan bandar kecil. Sehingga kini didapati penunggang motosikal yang menjadi penyumbang utama kematian akibat kemalangan . Saya berasa sekiranya sikap pengguna jalan raya tidak berubah ,kadarnya akan kembali meningkat apabila ramai yang pulang selepas raya . Bagi saya , bukan penguatkuasaan undang-undang sebenarnya yang boleh menurunkan kadar kemalangan jalan raya, namun sikap pengguna sendiri yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain .
Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi.
Pemandu terburu - buru suka membawa kereta dengan laju , memandu tanpa menggunakan lampu isyarat , suka pusing kiri kanan ikut suka hati dan tidak mempunyai kesabaran .
Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya.Kemalangan di jalan raya boleh dikurangkan sekiranya kita semua mengikut peraturan dan saling menghormati .Saya berasa pengguna di jalan raya harus lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.Jagalah nyawa sendiri dan menghormati nyawa orang lain !

No comments:

Post a Comment