Friday, October 16, 2009

PENGALAMAN

Apabila melihat pada jadual semester 6,saya mendapati pada semester ini kami harus menghadiri kursus teknologi maklumat , bahasa dan kesusteraan . Saya pun menjangka kursus ini yang berkenaan dengan ICT mesti Dr Normaliza Abdul Rahim yang mengajar . Jangkaan saya adalah tepat .

Pada pandangan saya , Dr Normaliza adalah seorang pensyarah yang peramah dan suka bergurau .Oleh itu, saya selalu melihat ramai pelajar yang mengiringinya selepas kuliah .Kadang-kadang dia akan menunjukkan muka yang garang dan itulah yang menakutkan kami sebab tidak tahu apa yang akan disuruh kami buat pada masa kuliah .

Memang berjodoh kami bersama dengan Dr kerana jarang ada pensyarah yang mengajar kami berterusan 2 semester . Pensyarah yang sama kami pun ketahui cara dan teknik dia ajar .

Pada semester ini kami juga diberi tugasan individu dan kerja kumpulan . Tugasan individu adalah blog , e-sastera dan facebook .Ketiga-tiga tugasan ini saya tidak pernah membuat dan sekarang saya telah dapat menulis sesuatu dalam blog , membaca sajak orang lain dan memberi komen serta menulis idea sendiri dalam e-sastera dan bersembang dengan kawan dalam facebook .Selain itu , kami juga diberi peluang membalas komen dan pendapat melalui blog Dr . Cerita kanak-kanak dan cerita hantu juga ditulis dalam blog .Apabila membaca blog orang lain , saya berasa seronok dan senyum sendiri apabila bersembang dalam facebook .Orang lain yang melihat akan teringat saya seorang yang gila .

Dr juga seorang yang rajin dan bertanggungjawab kerana menyediakan tempat di makmal untuk mengajar kami membuat blog , e-sastera dan facebook. Ini telah menyenangkan saya kerana apabila saya tidak tahu membuat , saya boleh bertanya pada rakan dan Dr .Saya juga mencipta pantun dan teka-teki semasa dalam makmal dan menyambungkan kerja yang tidak siap di rumah .Tetapi saya berasa sedih kerana ada satu kali saya terlupa tandatangan(terlalu tumpu perhatian mendaftar nama pertama kali dalam facebook , blog dan e-sastera sehingga lupa ) , Dr pun mengatakan saya tidak hadir pada masa itu .

Tugasan individu yang satu lagi ialah membuat kajian soal-selidik . Kajian ini mengambil masa yang lama ketika berfikir soalan -soalan yang handak ditanya kepada audien . Apabila saya berasa susah , Dr telah memberi cara dan nasihat kepada saya dan ini telah menyelesaikan masalah saya . Oleh itu , saya berasa lega dan dapat siapkan tugasan ini sebelum Raya dan pada cuti itu saya dapat bercuti dengan keluarga .

Kerja kumpulan pada semester ini yang pertama kami buat ialah meletakkan lagu di dalam powerpoint . Kumpulan ini ada sedikit masalah ketika membuat tugasan ini kerana lirik lagu tidak sama dengan perkataan yang dinyayikan . Tetapi , Dr yang peramah telah memberi peluang kepada kami untuk membuat semula dan akhirnya kami berjaya juga . Kerja kedua ialah menulis karangan tanpa rujukan sebanyak 30 muka surat .Kerja ini menyebabkan kami terpaksa menyiapkannya pada larut malam sehingga siap baru balik ke rumah.

Walaubagaimanapun , akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Normaliza yang telah mengajar saya selama 2 semester ini .Semoga senyum selalu !!


Tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke anjung ;
Nama Dr dikenang mulut menyebut ,
jasa yang baik akan dijunjung .

Friday, October 2, 2009

PUSAT MEMBELI-BELAH


Setiap tahun , rakyat Malaysia akan merayakan pelbagai perayaan saperti Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina , Deepavali , Krismas dan sebagainya.Sambutan tersebut dimeriahkan lagi dengan membeli-belah di pusat terutamanya membeli pakaian baru .

Pusat membeli-belah biasanya akan mengadakan tawaran istimewa untuk menarik hati pembeli . Pembeli pula , tanpa berfikir panjang akan berpusu-pusu ke tempat tersebut .Keadaan ini dapat dilihat di pusat membeli -belah Jusco yang berdekatan dengan rumah saya pada hari perayaan Hari Raya baru-baru ini.

Sesetengah pekedai yang tidak membuat tawaran istimewa, tidak teragak-agak menurunkan harga juga untuk memikat hati pembeli . Prinsip penjual waktu itu , biar untung sedikit , asalkan banyak barang dapat dijual . Prinsip pembeli pula , keluarkan sedikit wang tidak mengapa tetapi dapat membeli barang yang dihendaki pada hari perayaan .

Pada perayaan , saya mendapati ibu bapa lebih banyak membeli pakaian untuk anak-anak , berbanding dirinya . pakaian yang dibeli bukan sepasang , kadang -kadang lebih dari tiga pasang .Selain dari pakaian , langsir dan keperluan membuat kuih - muih juga banyak dibeli .

Semakin dekat hari perayaan , pusat membeli - belah semakin menjadi tumpuan . Akan tetapi , keadaan akan berkurang apabila masa perayaan dimana orang kota telah pulang ke kampung untuk menyambut perayaan.

Begitulah putaran saban tahun . Semakin dekat perayaan semakin ramai yang bertumpu di pusat membeli-belah . Sebenarnya , tidak bersalah membeli untuk perayaan, cuma kita perlu melihat kemampuan kita dan janganlah sampai berlebihan .

Thursday, September 24, 2009

CUTI


Pada cuti ini ,saya dan keluarga saya bercuti 3 hari 2 malam di Cameron Highlands . Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Kami pergi ke sana dari Ipoh iaitu dari jalan Simpang Pulai . Jalan disana adalah lebih senang jalan dan tidak bahaya . Semasa dalam perjalanan kami juga temui air terjun yang tinggi iaitu air terjun Lata Iskandar.Kami bertolak lebih kurang 12 tengah hari dan sampai di sana lebih kurang pukul 5 petang . Hotel yang kami menginap ialah Century Pines Resort.

Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia . Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Tempat yang kami kunjung selama 3 hari ialah Rose Valley ,Butterfly Farm,Butterfly Garden, Pasar Sayur,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,dan Strawberry Farm.

Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini.

Sebelum pulang saya juga membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Wednesday, September 23, 2009

NYAWA

Semasa perayaan , terdapat banyak kes kemalangan . Kereta di jalan raya pada masa perayaan adalah lebih banyak berbanding pada hari biasa. Ini adalah kerana orang ramai akan mengambil cuti untuk balik menyambut raya bersama keluarga masing-masing .
Pihak berkenaan telah mengadakan tindakan berhati-hati semasa perayaan .Namun masih ramai orang yang tidak menjaga nyawa sendiri atau orang lain . Pada hari Raya pertama hari , kemalangan telah meragut nyawa seramai 31 orang . Melihat keadaan ini ,saya berasa amat sakit hati .
Ternyata jumlah itu semakin meningkat hari seterusnya , terutama apabila tumpuan masyarakat menyambut perayaan di daerah dan bandar kecil. Sehingga kini didapati penunggang motosikal yang menjadi penyumbang utama kematian akibat kemalangan . Saya berasa sekiranya sikap pengguna jalan raya tidak berubah ,kadarnya akan kembali meningkat apabila ramai yang pulang selepas raya . Bagi saya , bukan penguatkuasaan undang-undang sebenarnya yang boleh menurunkan kadar kemalangan jalan raya, namun sikap pengguna sendiri yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain .
Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi.
Pemandu terburu - buru suka membawa kereta dengan laju , memandu tanpa menggunakan lampu isyarat , suka pusing kiri kanan ikut suka hati dan tidak mempunyai kesabaran .
Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya.Kemalangan di jalan raya boleh dikurangkan sekiranya kita semua mengikut peraturan dan saling menghormati .Saya berasa pengguna di jalan raya harus lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.Jagalah nyawa sendiri dan menghormati nyawa orang lain !

Wednesday, September 16, 2009

Gunting Rambut


Petang ini bawa anak saya gunting rambut , harga gunting rambut adalah sebanyak RM8 . Kalau orang dewasa gunting rambut harganya lebih kurang RM18 . Mahal juga . Biasanya rambut lelaki kena gunting setiap 2 bulan , jika tidak , cepat panjang .
Pada masa dahulu , sebenarnya proses pertumbuhan rambut bermula sejak kita belum lahir lagi.Kira -kira lima bulan sebelum kita lahir, umbi rambut telah diatur kedudukannya di kulit kepala dan seluruh tubuh . Setiap umbi rambut diatur pertumbuhannya . Begitu juga saiz rambut , bentuk dan rupa rambut yang dikeluarkan juga ditentukan oleh gen yang menguasai rambut . Kira-kira dua atau tiga bulan kemudian barulah umbi rambut berjaya menghasilkan rambut . Kulit kepala kita biasanya ditumbuhi rambut sebanyak 100 000 helai rambut .
Pada masa kecil, anak saya mempunyai rambut yang lebat , ada juga bayi yang tidak berambut langsung atau kurang rambut . Tetapi ini boleh diubati dengan disapukan dengan minyak .Rambut anak yang mula-mula tumbuh saya telah cungkurkan menjadi botak supaya rambut dia dapat tumbuh dengan lebih padat dan kekal .Sekarang jika saya suruhnya gunting botak .Dia mesti tidak mahu , katanya tiada rambut tidak cantik .
Anak perempuan saya tidak suka gunting rambut . Setiap kali hendak gunting rambut , mesti menangia dan saya perlu pujuk dia . Kadang -kadang saya perlu mendukungnya untuk digunting rambut . Susah betul !

PENYU

Pada hari Ahad yang lepas , saya membawa anak saya mendengar cerita di satu 'gedung aspirasi' bertempat di sungai Long . 'Gedung aspirasi ' ini sebenarnya adalah sebuah kedai buku namun setiap hari minggu ia akan mempelawa penulis-penulis untuk memberi cerita kepada kanak-kanak yang berumur 3 - 10 tahun .
Kali ini merupakan kali pertama kali saya membawa ke sana . Apabila saya dan suami saya bersama anak - anak sampai di sana , semua orang yang datang kena semak suhu badan sebab takut H1N1.Semua ibu bapa dan kanak - kanak duduk dalam bulatan lalu bermain satu permainan iaitu mencari anak penyu . Anak penyu iaitu anak - anak kita akan berenang dan ibu bapa disuruh menangkap anak - anak penyu . Kami bermain lebih kurang 10 minit dengan hati yang gembira .
Kemudian ,kami pun duduk mendengar cerita bersama anak . Cerita pada hari itu ialah 'Penyu' . Cerita dimulakan dengan seorang budak perempuan bersama keluarganya melihat penyu di Rantau Abang .Ayahnya telah menceritakan hal penyu iaitu dimana penyu adalah sejenis reptilia. Semua reptilia disokong oleh rangka dalam dan mempunyai kulit bersisik yang kering . Cengkerang yang menutupi badannya terdiri daripada 2 bahagian : bahagian atas dinamakan carapace manakala di bahagian bawah dinamakan plastron . Cengkarang ini dibina daripada tulang-tulang yang lebih kecil .
Pada larut malam ,mereka menunggu dan telah melihat bagaimana penyu bertelur di darat pantai .Penyu itu mengorek lubang lalu bertelur di dalamnya . Penyu boleh bertelur lebih kurang 100 biji telur . Selepas bertelur, penyu akan menimbus lubang itu kemudian balik ke laut . Penyu itu akan pulang ke tempat itu bertelur setahun sekali .
Setelah mendengar cerita , kami juga diberi peluang bertanya soalan .Anak -anak kami berasai sungguh gembira . Anak saya juga dihadiahi sebuah buku bertajuk ' Penyu' .

Saturday, September 5, 2009

PEPERIKSAAN

Minggu depan hari Selasa sampai hari Khamis adalah UPSR tahun 6 . Semua murid tahun 1 ke tahun 5 tidak perlu datang ke sekolah . Murid - murid cuti dari hari Isnin ke hari Khamis . Walaupun murid cuti ,cikgu perlu pergi ke sekolah untuk mengemas dan susun buku - buku yang baru . Semua murid - murid sangat gembira kerana ada cuti tetapi cikgu pula susah hati sebab takut sukatan pelajaran tidak sempat didjar nanti . Ini adalah kerana sekolah akan mengadakan peperiksaan akhir tahun pada pertengahan Oktober nanti .
Walaupun saya tidak mengajar tahun 6 tahun ini , tapi saya ada seorang anak angkat tahun 6 . Setiap cikgu mesti memilih seorang anak angkat tahun 6 mula dari awal tahun . Kami akan meluangkan masa untuk mengajar mata pelajaran yang lemahnya . Biasanya anak angkat yang dipilih adalah lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris .Kami akan menyediakan buku tulisan untuk ditulisnya . Anak angkat saya adalah lemah dalam esei bahasa Melayu .Biasanya saya akan jumpa dengan pada setiap hari Jumaat .Pada minggu Jumaat yang lepas , saya berjumpa dengan anak angkat saya dan mengatakan beberapa nasihat kepadanya :
(1)Sediakan alat -alatan sebelum hari UPSR .
(2)Simpan jadual peperiksaan dengan baik dan tampalkan di tempat yang senang dilihat untuk melihat masa dan tarikh peperiksaan .
(3)Sehari sebelum peperiksaan itu tidurlah lebih awal dan jangan makan makanan yang pedas supaya perut tidak sakit pada hari peperiksaan .
Dia pun senyum dan mengatakan bahawa dia akan meningatinya .Melihat pada muka dia , saya berasa semua orang tidak kira orang dewasa atau budak , tekanan mesti ada . Saya sendiri juga berasa tekanan apabila mengambil peperiksaan di UPM . Apabila saya menghadapi tekanan , saya akan menemai anak saya bermain bola atau 'Shopping' supaya boleh lupakan peperiksaan seketika . Berkesan juga !

Tuesday, August 25, 2009

Balik Kampung


Pada hari Jumaat yang lalu , saya dan keluarga saya balik ke Kuantan .Pada masa cuti, saya akan balik ke Kuantan untuk melawat datuk saya yang berumur 88 tahun dan saudara-mara saya yang lain .

Kuantan ialah ibu negeri Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia . Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Pada mulanya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Petempatannya adalah sekitar muara Sungai Teruntum iaitu berhadapan dengan bangunan hospital sekarang. Ia telah dibuka oleh Hj. Senik dan pengikutnya dalam tahun 1850-an. Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang di samping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan petempatan ialah perkuburan Cik Timah berhampiran dengan Taman Esplanade.

Terdapat beberapa tempat yang boleh dikunjungi ialah di Teluk Chempedak, 5 km dari pusat bandar Kuantan, satu tempat yang cantik dan sesuai untuk permaianan air ,iaitu kegiatan menaiki bot untuk bersiar-siar. Kuantan Hyatt Hotel adalah berdekatan dengan Teluk Chempedak . Berada di sebelah kiri di Teluk Cempedak , terdapat satu laluan papan di tepi laut untuk berhubung dengan pantai yang kedua.

Beserah, lebih kurang 7 km daripusat bandar Kuantan , adalah satu kampung yang terkenal dengan penjualan ikan yang segar dan murah .

Balok, satu pantai yang sesuai untuk sukan luncur air , adalah bertempat lebih kurang 13 km dari pusat bandar Kuantan. Swiss Garden Resort & Spa adalah berdekatan dengan dengan pantai Balok . Di tempat peranginan ini terdapat corak anyaman sebagai hiasan .

Batu Hitam adalah satu tempat yang sangat unik dimana batunya adalah berwarna hitam .

Taman Teruntum, satu Zoo yang kecil, bertempat dekat dengan Taman Teruntum .

Taman Gelora, bertempat kira-kira 3 km dari Kuantan sebelah jalan ke Teluk Cempedak, satu tempat yang cantik dipanggil Gelora Park. Kegiatan yang dijalankan seperti joging, senaman aerobik , tennis, dan lain-lain .Awak juga bolah melihat banyak bunga lotus disini .


Selain dari pantai yang terkenal tetapi makanan di sini juga sedap dimakan .Keropok Lekor adalah salah satu makanan yang sedap , terutamanya yang dijual oleh Mok Nah di Tanjung Lumpur and Pak Soh 2 di Sungai Karang yang hendak sampai di Balok. Satay dan air coconut juga sedap diminum . Satay yang paling sedap dimakan di Kuantan dapat cari di Zul's Satay, bertempat di tepi penjuru kedai dijalan ke pantai Beserah dari pusat bandar ke jalan Teluk Cempedak .


Apabila sampai di Kuantan. hati saya akan berasa senang dan lega .Oleh itu, saya suka balik ke Kuantan .

Friday, August 14, 2009

GURU

Guru ,
bekerja,bekerja
dari pagi sampai senja
bagaikan sebatang lilin
membakar diri sendiri
untuk menerangi orang lain.

Guru,
mengajar dengan kesungguhan
memastikan murid-murid yang diajar
berjaya dalam pelbagai aspek
berjaya dalam pelajaran
bahkan juga aktiviti kurikulum.

Guru,
menepikan kepentingan diri sendiri
menghabiskan masa
membantu anak didik
menyelesaikan banyak masalah
masalah kerja sekolah
bahkan masalah keluarga.

Guru ,
bekerja,bekerja
tidak berhenti-henti
tidak berasa jemu dan bosan
segala bakti yang curahkan
segala jasa yang diberikan
harus diberikan sanjungan yang tinggi .

KENDURI

Pada minggu Sabtu yang lalu , jiran saya yang bernama Adi telah mengadakan satu kenduri yang besar .Kenduri ini adalah menyambut masuk rumah dan harijadi anak sepupunya.Dia telah menjemput kami sekeluarga untuk menghadiri kenduri itu . Bukan keluarga kami sahaja tetapi sebaris teres rumah dijemputnya .Kenduri itu diadakan bermula pada pukul 4 petang.
Pada hari itu, keadaan di rumah Adi sungguh meriah . Semua sanak saudaranya telah sampai sejak awal-awal lagi .Keadaan menjadi riuh - rendah dengan gelak ketawa dan lawak jenaka mereka. Ini ditambah dengan jerit pekik kanak-kanak yang bermain dan berlari-lari di sekeliling rumah .
Terdapat enam buah kanopi telah didirikan oleh orang dua hari sebelum hari kenduri itu . Kanopi yang disediakan untuk meraikan kenduri itu .Terdapat sebuah kanopi didirikan untuk orang memasak .Sanak saudaranya sibuk membantu dalam semua kerja-kerja seperti memasak nasi , memasak lauk -pauk,membuat kueh-muih dan lain-lain lagi .Saya berasa memang begini akan berlaku apabila sesuatu kenduri diadakan.Mereka sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain .Terdapat banyak makanan yang dihidangkan dan makanan yang saya suka ialah satay dan donat yang dibuat sendiri .
Pada pukul lima petang , saya bersama keluarga telah pergi ke rumahnya.Apabila kami sampai ke rumah Adi , para tetamu yang hadir semakin bertambah ramai.Mereka juga datang bersama-sama anggota keluarga masing-masing .Kebanyakan daripada mereka membawa hadiah untuk diberikan kepada Adi dan bayi sepupunya.
Kami bersalam dengan Adi dan terus dipersilakan menikmati hidangan yang sudah disediakan .Selain itu, tetamu yang hadir juga diberikan cenderahati serta budak -budak diberikan makanan ringan .
Setelah menikmati hidangan yang disediakan , kami juga berbual-bual dengan jiran-jiran yang hadir . Pada pukul tujuh petang , semakin kurang tetamu yang hadir ,kami pun pulang ke rumah .

Monday, April 27, 2009

REHATKAN MINDA- DANCING QUEEN

MARILAH KITA REHAT MINDA SAMBIL MENDENGAR LAGU YANG BERTAJUK DANCING QUEEN.

SILA KLIK
http://www.youtube.com/watch?v=q5w1_14o26A

Sunday, April 19, 2009

LATAR BELAKANG TAMADUN MELAYU









TAMADUN MELAYU






~ Berdasarkan teori migrasi, ada sarjana yang berpendapat bahawa orang melayu adalah orang Mongoloid daripada kumpulan Indonesia yang telah berhijrah ke selatan dari tenggara China atau Yunan kira-kira 3000 tahun yang lalu.
~ Mereka dikenali sebagai Melayu Deutro atau Melayu Pantai yang telah tersebar di kepulauan Melayu dan akhirnya membentuk kependudukan di Malaysia.





~ Namun sebelum kedatangan Melayu Deutro, Melayu Proto (Orang Asli spt Jakun, Seletar dan Orang Laut) dikatakan lebih awal menduduki kawasan pantai Tanah Melayu. Dengan kedatangan orang Melayu Deutro ini, Melayu Proto ditolak ke kawasan pedalaman dan pergunungan.
~ Namun ada sarjana yang menolak asal-usul masyarakat Melayu ini berdasarkan teori migrasi. Sebaliknya orang Melayu berasal dari Alam Melayu sendiri berdasarkan kajian oleh para arkeologi yang telah membuat kesimpulan bahawa Alam Melayu ini telah pun didiami manusia sejak 35, 000 tahun yang silam









~ Ini berdasarkan kajian Wan Hashim Wan Teh ke atas masyarakat yang tinggal di Yunan, China yang menunjukkan bahawa tiadanya sebarang ciri persamaan (budaya dan lingusitik) dengan masyarakat yang ada di Alam Melayu malah dengan rumpun Melayu yang paling hampir iaitu di Champa, Indo-China.

~ Keadan ini berbeza dengan rumpun Polinesia yang kini berada bertaburan di beberapa buah pulau seperti Hawaii, New Zealand dan dengan rumpun Melayu di Pulau Malagasi (Madagascar) di Lautan Hindi dan rumpun Melayu Pribumi di Taiwan.




RAS DAN RUMPUN MELAYU
Konsep ras yang digunakan oleh pengkaji antropologi merujuk kepada enam kelompok manusia terbesar di dunia berdasarkan perbezaan ciri fizikal, iaitu warna kulit, bentuk muka, hidung, rambut, genetic, linguistic dan budaya. Enam ras tersebut ialah;
(1) Caucasoid - Kulit Putih
(2) Negroid - Kulit Hitam
(3) Mongoloid - Kulit Kuning
(4) Australoid - Penduduk asal Australia dan New Guinea
(5) Red Indian - Kulit Merah (asalnya dari benua Asia atau Alam Melayu)
(6) Melayu-Polinesia- Kulit Ciku Masak (sawo matang)



~ Ras Melayu-Polinesia ini dicirikan oleh persamaan dari segi bahasa atau linguistic selain daripada berasal dari kawasan yang sama, iaitu Dunia Melayu Inti atau Alam Melayu. Konsep ras tidak mengambil kira persamaan agama sebagai ciri utama.

~ Ras Melayu ini pula boleh dipecahkan kepada ratusan suku atau etnik yang mempunyai perbezaan dari segi lokasi, dialek dan budaya.
~ Antara suku yang terbesar ialah Melayu-Riau, Jawa, Bugis, Minangkabau, Aceh, Banjar, Mandailing, Sunda, Kerinci, Patani, Kelantan, Trengganu dan Champa.



~ Rumpun Melayu-Polinesia ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok besar, iaitu kelompok pertama ialah mereka yang menganuti agama Islam.
~ Kelompok kedua pula terdiri daripada mereka yang tidak menganuti agama Islam seperti bangsa Polinesia, penduduk di Malagasy, orang Filipina Utara, penduduk Pulau bali dan beberapa kumpulan pribumi di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Malaysia.
~ Ciri persamaan antara dua kelompok ini ialah dari segi bahasa asal yang digunakan, iaitu dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia.





































Proses dan Karakteristik Tamadun








PROSES dan KARAKTERISTIK TAMADUN


Clive Bell, Civilization: An Essay, (London: Penguin Book, 1938), sesuatu masyarakat hanya boleh dianggap bertamadun ialah apabila anggota masyarakatnya mula memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang bersifat “mewah” (luxurious), yang mana perkara-perkara tersebut tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya masyarakat itu masih tidak dapat memenuhi keperluan asasnya.

Tamadun melalui proses evolusinya;
i. kehidupan desa (rural) iv . kehidupan bandar (urban)
ii. kehidupan tidak tetap (nomadic) v .kehidupan menetap (settle/sedentary)
iii. masyarakat simpel (simple society) vi. masyarakat kompleks (complex society)
Pada hari ini salah satu penanda aras penting yang digunakan bagi mengukur tahap pencapaian sesuatu masyarakat atau bangsa -kadar celik huruf (literacy rates) anggota masyarakatnya. Masyarakat yang dianggap maju memiliki kadar celik huruf 100%.

Kepentingan Pengajian Ketamadunan
Mengetahui keunggulan, kekuatan dan kelemahan tamadun silam bagi merencana strategi masa hadapan
Membolehkan membuat penilaian terhadap elemen asas suatu tamadun
Agama – sumber kekuatan dan mekanisme bagi mencetus keharmonian selain sistem politik dan kepimpinan
Kekuatan dan kelemahan harus digarap dan dijadikan rujukan
Perencanaan masa hadapan perlu meninjau pengalaman tamadun lalu dan realiti semasa :- pengaruh barat
Sebagai ilmu pengenalan & pengetahuan asas – aspek sejarah
nPenting sebagai pengenalan sesuatu bangsa itu dan identitinya
nKepentingan sejarah dalam pembinaan tamadun - menjadi elemen asas dalam pembentukan jati diri seseorang & mengangkat ketuanan bangsa
nSejarah menjadi panduan bagi memastikan faktor asas kebudayaan yang membentuk jatidiri mempunyai kelangsungan dan kesan yang berpanjangan .

Sebagai ilmu pengenalan & pengetahuan asas – agama dan nilai
Budi pekerti mulia dan moral tinggi – perkara penting dalam kehidupan bertamadun
Agama memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan semesta dan perilaku kehidupan masyarakat
Tamadun silam muncul dari manifestasi kehidupan beragama .











Agama dan Tamadun



Agama dan Tamadun



Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia.


Dalam situasi ini terdapat dua aliran;

i. agama mempunyai pengaruh dan peranan yang besar terhadap tamadun.
Cth, Thomas Berry (sarjana AS) berpendapat bahawa tamadun ketimuran seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada agama-agama besar Asia.

ii. mereka yang skeptikal terhadap peranan agama

•Para sarjana Islam dalam bidang ini telah membuat penegasan tentang kedudukan, peranan serta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam.

•Muhammad Abduh misalnya dalam Tafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua tamadun (madaniyyat) adalah dibangunkan di atas asas agama.

Ringkasnya, bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, pendekatan yang bersifat filosofikal diperlukan.
Ianya harus bertitik tolak daripada konsep manusia sebagai agen tamadun, maka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu tidak dapat diketepikan.



Wednesday, April 15, 2009

Elemen-elemen Asas Tamadun







Elemen-elemen Asas Tamadun


Will Durant dalam The Story of Civilisation, menyenaraikan empat elemen asas;
1. agihan ekonomi (economic provision),
2. organisasi politik (political organisation),
3. tradisi moral (moral tradition) dan
4. perlumbaan dalam pencapaian dalam pengetahuan dan kesenian (pursuit of knowledge and the arts)



Manakala Ibn Khaldun (1332-1401) berdasarkan teori ‘umrannya ;
1. organisasi sosial
2. budaya bandar
Beliau menggunakan istilah ‘umran hadari dan ‘umran badawi bagi membezakan antara masyarakat bandar dan masyarakat desa
.











Ringkasnya, indikator asas bagi mengukur tahap ketamadunan sesuatu masyarakat dibahagi kepada dua bahagian iaitu;
i. merujuk kepada manusia;
organisasi sosial yang teratur yang dipunyai oleh masyarakat bandar (termasuk politik, ekonomi, budaya dan seni dsb).
ii. merujuk kepada persekitaran dan hasilan manusia itu.
hasilan yang berbentuk produk daripada masyarakat bandar itu termasuklah barangan pengguna, bangunan serta penemuan dan hasilan sains dan teknologi.

Apakah Tamadun







Apakah Tamadun

Namun budaya selalunya merujuk kepada cara hidup yang merangkumi gaya hidup yang simple dan gaya hidup yang kompleks, sedangkan tamadun hanya merujuk kepada gaya hidup yang memiliki ciri-ciri ekonomi, politik dan kerajaan serta sistem sosial yang sofistikated.
lDengan kata lain setiap masyarakat memiliki budaya dan kebudayaan, tetapi tidak semua masyarakat memiliki tamadun.

Definisi, Konsep dan Peristilahan


Tamadun


Dalam tradisi penulisan berbahasa Arab antara peristilahan yang sering digunakan - tamaddun, hadarah, madaniyyah, umran, thaqafa dan nahdah.
lIstilah-istilah ini mempunyai penekanan yang agak berbeza antara satu dengan lainnya tetapi daripada segi penggunaan dan juga konotasinya terdapat banyak persamaannya.

lKesemuanya - proses perbandaran dan transformasi manusia daripada pelbagai segi yang menyangkut kehidupan dan persekitarannya.

Penulis yang mendahului dalam mengupas dan mengenengahkan tradisi pengajian ini adalah Ibn Khaldun-istilah ‘umran (al-Muqaddimah) bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi social dan budaya.

Jurji Zaydan – guna istilah tamaddun dalam karyanya yang masyhur Tarikh al-Tamaddun al Islami.

Muhammad Abduh - menggunakan istilah madaniyyah


Manakala dalam tradisi penulisan berbahasa Inggeris perkataan civilisation digunakan secara meluas yang dipinjam dripada Bahasa Latin civitas – bandar.
lDalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah popular yang digunakan - “tamadun” dan “peradaban” yang meminjam daripada Bahasa Arab.





PERSOALAN-PERSOALAN ASAS TENTANG TAMADUN DAN KETAMADUNAN

PERSOALAN-PERSOALAN ASAS TENTANG TAMADUN DAN KETAMADUNAN







Persoalan ini telah menjadi polemik dalam alam pemikiran peradaban begitu lama.




Perdebatan mengenainya bermula seawal zaman Greek apabila Plato (sekitar abad ke 4 SM) - konsep polis (πολις) dalam karyanya The Republic yang merujuk kepada kota atau bandar atau Negara kota (city-state).




Dalam konteks masyarakat ianya merujuk kepada suatu tahap kemajuan dengan kewujudan sistem politik dan institusi-institusi sosialnya.

Oleh yang demikian, ruang lingkup perbahasan mengenai tamadunan dan ketamadunan cukup luas seluas ruang lingkup kehidupan manusia itu.

Ringkasnya seseorang itu perlu berupaya mengenalpasti dan menggarap apakah kriteria dan asas rujukan bagi menentukan tahap dan pencapaian sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunan samada klasik, moden maupun kontemporari.

PERSOALAN - PERSOALAN ASAS








PERSOALAN-PERSOALAN ASAS TENTANG TAMADUN DAN KETAMADUNAN




* Apakah makna tamadun?
* Apakah maksudnya dan apakah yang melandasi pengertian dan konsepnya?
* Apakah neraca yang membezakan bertamadun dengan tidak bertamadun?
* Apakah ukuran atau penanda aras (bench marks) bagi menentukan tahap pencapaian bagi sesuatu tamadun?

* Apakah pula faktor yang menentukan keutuhan dan kelangsungan sesuatu tamadun?

KANDUNGAN


1.Pengenalan Ilmu Ketamadunan
2.Relevansi Pengajian Ilmu Ketamadunan dalam Pendidikan Semasa
3.Latar belakang Tamadun Melayu, Cina dan India
4. Interaksi antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina & India): Pengalaman Sejarah
5.Nilai-nilai universal antara tamadun
6.Tamadun Islam: Konsep, Ciri, Sumber, Keunikan
7.Kedatangan Islam ke Alam Melayu
8. Islam dalam Tamadun Melayu: Peranannya dalam Pembinaan Tamadun Malaysia
9.Islam di Malaysia : Peranannya Dalam Institusi Sosial dan Ekonomi
10.Isu-Isu Kontemporari: Hegemoni Barat dan Globalisasi
11.Isu-Isu Kontemporari: Politik dan Media
12. Isu-isu Kontemporari: Budaya, Sosial dan Ekonomi
13.Proses Pembangunan Negara dan Pendekatan Islam Hadhari
14. Masa Depan Peradaban Manusia

SINOPSIS KURSUS


SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina & India); Islam dalam Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia; Islam Hadhari dan proses pembangunan Negara .

Islam & Perlembagaan Negara

•Menurut Islam, undang-undang, politik & perlembagaan negara tidak dpt dipisahkan

•Undang-undang & perlembagaan Islam tlh dilaksanakan sepenuhnya pd zmn Rasulullah & Sahifah Madinah ialah perlembagaan bertulis pertama di dunia
•Di negara ini, agama Islam telah sebati dengan masyarakat Melayu. Kedudukan Islam sbg agama rasmi jelas dinyatakan dlm Perlembagaan & dlm masa yg sama agama lain bebas dianuti & amalkan


Kesan dari peruntukan Perlembagaan;
1.Seorang Melayu - seorang yg beragama Islam, lazimnya bercakap BM & mengikut adat istiadat Melayu
2.YDPA - mesti berbangsa Melayu, beragama Islam & keturunan raja
3.Lafaz sumpah memegang jwtn YDPA didahului dgn lafaz Wallahi, Wabillahi & Watallahi - spt dalam ajaran Islam
4.YDPA ketua agama Islam bagi negeri tiada raja
5.Raja & sultan - ketua agama Islam

UPM saya

UPM SAYA
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada tahun 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan dan terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 80-an, UPM telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan. Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.


OJEKTIF TITAS
I. Membekalkan pelajar dengan satu
pemahaman komprehensif mengenai sejarah, prinsip, nilai dan aspek utama
pengajian ketamadunan di Malaysia.



II.Membina satu generasi muda Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban.



III. Memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum yang mengamalkan kehidupan yang bertoleransi