Tuesday, August 25, 2009

Balik Kampung


Pada hari Jumaat yang lalu , saya dan keluarga saya balik ke Kuantan .Pada masa cuti, saya akan balik ke Kuantan untuk melawat datuk saya yang berumur 88 tahun dan saudara-mara saya yang lain .

Kuantan ialah ibu negeri Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia . Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Pada mulanya Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Petempatannya adalah sekitar muara Sungai Teruntum iaitu berhadapan dengan bangunan hospital sekarang. Ia telah dibuka oleh Hj. Senik dan pengikutnya dalam tahun 1850-an. Semasa tinggal di sini mereka mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital sekarang di samping menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti bahawa kawasan tersebut telah dijadikan petempatan ialah perkuburan Cik Timah berhampiran dengan Taman Esplanade.

Terdapat beberapa tempat yang boleh dikunjungi ialah di Teluk Chempedak, 5 km dari pusat bandar Kuantan, satu tempat yang cantik dan sesuai untuk permaianan air ,iaitu kegiatan menaiki bot untuk bersiar-siar. Kuantan Hyatt Hotel adalah berdekatan dengan Teluk Chempedak . Berada di sebelah kiri di Teluk Cempedak , terdapat satu laluan papan di tepi laut untuk berhubung dengan pantai yang kedua.

Beserah, lebih kurang 7 km daripusat bandar Kuantan , adalah satu kampung yang terkenal dengan penjualan ikan yang segar dan murah .

Balok, satu pantai yang sesuai untuk sukan luncur air , adalah bertempat lebih kurang 13 km dari pusat bandar Kuantan. Swiss Garden Resort & Spa adalah berdekatan dengan dengan pantai Balok . Di tempat peranginan ini terdapat corak anyaman sebagai hiasan .

Batu Hitam adalah satu tempat yang sangat unik dimana batunya adalah berwarna hitam .

Taman Teruntum, satu Zoo yang kecil, bertempat dekat dengan Taman Teruntum .

Taman Gelora, bertempat kira-kira 3 km dari Kuantan sebelah jalan ke Teluk Cempedak, satu tempat yang cantik dipanggil Gelora Park. Kegiatan yang dijalankan seperti joging, senaman aerobik , tennis, dan lain-lain .Awak juga bolah melihat banyak bunga lotus disini .


Selain dari pantai yang terkenal tetapi makanan di sini juga sedap dimakan .Keropok Lekor adalah salah satu makanan yang sedap , terutamanya yang dijual oleh Mok Nah di Tanjung Lumpur and Pak Soh 2 di Sungai Karang yang hendak sampai di Balok. Satay dan air coconut juga sedap diminum . Satay yang paling sedap dimakan di Kuantan dapat cari di Zul's Satay, bertempat di tepi penjuru kedai dijalan ke pantai Beserah dari pusat bandar ke jalan Teluk Cempedak .


Apabila sampai di Kuantan. hati saya akan berasa senang dan lega .Oleh itu, saya suka balik ke Kuantan .

4 comments:

  1. saya tak pernah lawat ke kuantan...
    kalau berpeluang chai kim boleh menjadi pemandu pelancong saya ???

    saya ni memang suka makan makanan laut, lain kali kalau berpeluang kita pergi makan sama-sama..

    ReplyDelete
  2. Kuantan, Pahang..
    Hmmm...suatu kawasan yang boleh dikategorikan sebagai negeri yang aman lagi makmur. Amatlah sesuai dengan namanya, Pahang Darul Makmur. Hahaha..

    Dikatakan begitu, kerana mengikut perkiraan saya..nampaknya saya sedikit "pandai" ya..
    Pahang mencatatkan kes jenayah yang sedikit jika dibandingkan dengan negeri Johor dan Kuala Lumpur.. Tahniah, Pahang!!

    ReplyDelete
  3. Kuantan, bagi saya berdekatan dengan laut, boleh makan makan laut yang sedap. Jangan marah saya yang asyik tahu makan. Lain kali, Chai Kim berpeluang melancong ke kampung saya Sungai Petani, saya juga bawa Chai Kim makan makanan istimewa di kampung saya.

    ReplyDelete
  4. Kuantan, tempat yang pernah saya duduk selama dua tahun lebih di sana. Walaupun singkat masanya, tetapi banyak kenangan dan pengalaman di sana. Dah beberapa tahun tidak mengunjung ke Kuantan.Rindu!

    ReplyDelete