Friday, August 14, 2009

KENDURI

Pada minggu Sabtu yang lalu , jiran saya yang bernama Adi telah mengadakan satu kenduri yang besar .Kenduri ini adalah menyambut masuk rumah dan harijadi anak sepupunya.Dia telah menjemput kami sekeluarga untuk menghadiri kenduri itu . Bukan keluarga kami sahaja tetapi sebaris teres rumah dijemputnya .Kenduri itu diadakan bermula pada pukul 4 petang.
Pada hari itu, keadaan di rumah Adi sungguh meriah . Semua sanak saudaranya telah sampai sejak awal-awal lagi .Keadaan menjadi riuh - rendah dengan gelak ketawa dan lawak jenaka mereka. Ini ditambah dengan jerit pekik kanak-kanak yang bermain dan berlari-lari di sekeliling rumah .
Terdapat enam buah kanopi telah didirikan oleh orang dua hari sebelum hari kenduri itu . Kanopi yang disediakan untuk meraikan kenduri itu .Terdapat sebuah kanopi didirikan untuk orang memasak .Sanak saudaranya sibuk membantu dalam semua kerja-kerja seperti memasak nasi , memasak lauk -pauk,membuat kueh-muih dan lain-lain lagi .Saya berasa memang begini akan berlaku apabila sesuatu kenduri diadakan.Mereka sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain .Terdapat banyak makanan yang dihidangkan dan makanan yang saya suka ialah satay dan donat yang dibuat sendiri .
Pada pukul lima petang , saya bersama keluarga telah pergi ke rumahnya.Apabila kami sampai ke rumah Adi , para tetamu yang hadir semakin bertambah ramai.Mereka juga datang bersama-sama anggota keluarga masing-masing .Kebanyakan daripada mereka membawa hadiah untuk diberikan kepada Adi dan bayi sepupunya.
Kami bersalam dengan Adi dan terus dipersilakan menikmati hidangan yang sudah disediakan .Selain itu, tetamu yang hadir juga diberikan cenderahati serta budak -budak diberikan makanan ringan .
Setelah menikmati hidangan yang disediakan , kami juga berbual-bual dengan jiran-jiran yang hadir . Pada pukul tujuh petang , semakin kurang tetamu yang hadir ,kami pun pulang ke rumah .

2 comments:

  1. Bagusnya hubungan chaikim dengan jiran.
    Dapat jiran yang baik amat menggembirakan hati.
    Jikalau dapat jiran yang sebaliknya besar kepala kita dijadikannya.
    Pada pengalaman saya, hubungan antara jiran di kampung-kampung lebih rapat berbanding dengan di taman perumahan.

    ReplyDelete
  2. jiran chaikim memang orang kaya sebab enam buah kanopi telah didirikan. bagi saya, jiran-jiran chaikim memang baik hati. ini disebankan kanopi ini didirikan dua hari sebelum hari kenduri itu, ini akan mengganggu trafik dalam taman perumahan itu. tetapi, jiran-jiran chai kim saling faham memahami maka kenduri ini dapat dijalankan bawah keadaan yang meriah.

    memanglah hubungan mesra ini diharap-diharapkan, sebab melibatkan ketiga-tiga bangsa Malaysia, tetapi remaja sekarang tidak lagi berminat untuk bergaul dengan jiran tetapi lebih suka bergaul dengan "komputer".
    persoalan sekarang, apa yang harus dibuat untuk membetulkan fenomena ini ??

    ReplyDelete