Friday, August 14, 2009

GURU

Guru ,
bekerja,bekerja
dari pagi sampai senja
bagaikan sebatang lilin
membakar diri sendiri
untuk menerangi orang lain.

Guru,
mengajar dengan kesungguhan
memastikan murid-murid yang diajar
berjaya dalam pelbagai aspek
berjaya dalam pelajaran
bahkan juga aktiviti kurikulum.

Guru,
menepikan kepentingan diri sendiri
menghabiskan masa
membantu anak didik
menyelesaikan banyak masalah
masalah kerja sekolah
bahkan masalah keluarga.

Guru ,
bekerja,bekerja
tidak berhenti-henti
tidak berasa jemu dan bosan
segala bakti yang curahkan
segala jasa yang diberikan
harus diberikan sanjungan yang tinggi .

1 comment:

  1. Dia,
    Kusangka pendidik,
    Kusangka pemerhati,
    Kusangka penasihat,
    Kusangka pemudahcara,
    Kusangka penyampai ilmu.

    Rupanya tidak,
    Dia hanya seorang kerani,
    Dia hanya seorang penjaga,
    Dia hanya seorang budak pejabat,
    Dia hanya sebuah robot.

    ReplyDelete