Friday, October 16, 2009

PENGALAMAN

Apabila melihat pada jadual semester 6,saya mendapati pada semester ini kami harus menghadiri kursus teknologi maklumat , bahasa dan kesusteraan . Saya pun menjangka kursus ini yang berkenaan dengan ICT mesti Dr Normaliza Abdul Rahim yang mengajar . Jangkaan saya adalah tepat .

Pada pandangan saya , Dr Normaliza adalah seorang pensyarah yang peramah dan suka bergurau .Oleh itu, saya selalu melihat ramai pelajar yang mengiringinya selepas kuliah .Kadang-kadang dia akan menunjukkan muka yang garang dan itulah yang menakutkan kami sebab tidak tahu apa yang akan disuruh kami buat pada masa kuliah .

Memang berjodoh kami bersama dengan Dr kerana jarang ada pensyarah yang mengajar kami berterusan 2 semester . Pensyarah yang sama kami pun ketahui cara dan teknik dia ajar .

Pada semester ini kami juga diberi tugasan individu dan kerja kumpulan . Tugasan individu adalah blog , e-sastera dan facebook .Ketiga-tiga tugasan ini saya tidak pernah membuat dan sekarang saya telah dapat menulis sesuatu dalam blog , membaca sajak orang lain dan memberi komen serta menulis idea sendiri dalam e-sastera dan bersembang dengan kawan dalam facebook .Selain itu , kami juga diberi peluang membalas komen dan pendapat melalui blog Dr . Cerita kanak-kanak dan cerita hantu juga ditulis dalam blog .Apabila membaca blog orang lain , saya berasa seronok dan senyum sendiri apabila bersembang dalam facebook .Orang lain yang melihat akan teringat saya seorang yang gila .

Dr juga seorang yang rajin dan bertanggungjawab kerana menyediakan tempat di makmal untuk mengajar kami membuat blog , e-sastera dan facebook. Ini telah menyenangkan saya kerana apabila saya tidak tahu membuat , saya boleh bertanya pada rakan dan Dr .Saya juga mencipta pantun dan teka-teki semasa dalam makmal dan menyambungkan kerja yang tidak siap di rumah .Tetapi saya berasa sedih kerana ada satu kali saya terlupa tandatangan(terlalu tumpu perhatian mendaftar nama pertama kali dalam facebook , blog dan e-sastera sehingga lupa ) , Dr pun mengatakan saya tidak hadir pada masa itu .

Tugasan individu yang satu lagi ialah membuat kajian soal-selidik . Kajian ini mengambil masa yang lama ketika berfikir soalan -soalan yang handak ditanya kepada audien . Apabila saya berasa susah , Dr telah memberi cara dan nasihat kepada saya dan ini telah menyelesaikan masalah saya . Oleh itu , saya berasa lega dan dapat siapkan tugasan ini sebelum Raya dan pada cuti itu saya dapat bercuti dengan keluarga .

Kerja kumpulan pada semester ini yang pertama kami buat ialah meletakkan lagu di dalam powerpoint . Kumpulan ini ada sedikit masalah ketika membuat tugasan ini kerana lirik lagu tidak sama dengan perkataan yang dinyayikan . Tetapi , Dr yang peramah telah memberi peluang kepada kami untuk membuat semula dan akhirnya kami berjaya juga . Kerja kedua ialah menulis karangan tanpa rujukan sebanyak 30 muka surat .Kerja ini menyebabkan kami terpaksa menyiapkannya pada larut malam sehingga siap baru balik ke rumah.

Walaubagaimanapun , akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Normaliza yang telah mengajar saya selama 2 semester ini .Semoga senyum selalu !!


Tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke anjung ;
Nama Dr dikenang mulut menyebut ,
jasa yang baik akan dijunjung .

Friday, October 2, 2009

PUSAT MEMBELI-BELAH


Setiap tahun , rakyat Malaysia akan merayakan pelbagai perayaan saperti Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina , Deepavali , Krismas dan sebagainya.Sambutan tersebut dimeriahkan lagi dengan membeli-belah di pusat terutamanya membeli pakaian baru .

Pusat membeli-belah biasanya akan mengadakan tawaran istimewa untuk menarik hati pembeli . Pembeli pula , tanpa berfikir panjang akan berpusu-pusu ke tempat tersebut .Keadaan ini dapat dilihat di pusat membeli -belah Jusco yang berdekatan dengan rumah saya pada hari perayaan Hari Raya baru-baru ini.

Sesetengah pekedai yang tidak membuat tawaran istimewa, tidak teragak-agak menurunkan harga juga untuk memikat hati pembeli . Prinsip penjual waktu itu , biar untung sedikit , asalkan banyak barang dapat dijual . Prinsip pembeli pula , keluarkan sedikit wang tidak mengapa tetapi dapat membeli barang yang dihendaki pada hari perayaan .

Pada perayaan , saya mendapati ibu bapa lebih banyak membeli pakaian untuk anak-anak , berbanding dirinya . pakaian yang dibeli bukan sepasang , kadang -kadang lebih dari tiga pasang .Selain dari pakaian , langsir dan keperluan membuat kuih - muih juga banyak dibeli .

Semakin dekat hari perayaan , pusat membeli - belah semakin menjadi tumpuan . Akan tetapi , keadaan akan berkurang apabila masa perayaan dimana orang kota telah pulang ke kampung untuk menyambut perayaan.

Begitulah putaran saban tahun . Semakin dekat perayaan semakin ramai yang bertumpu di pusat membeli-belah . Sebenarnya , tidak bersalah membeli untuk perayaan, cuma kita perlu melihat kemampuan kita dan janganlah sampai berlebihan .